CHEAPEST SHOPPING VILLAGE

Friday, October 16, 2009

Sesi Potong Rambut...

Petang semalam, si abah nak potong rambut...
Sebab harini ada Jamuan Raya n Jamuan Perpisahan utk Bos Petronas....
Makanya, saya pujuk2 Alya n Aisya potong rambut jgk...
Sbb nak dkt konsert tadika kan...
Mak depa ni bukannya pandai ikat rambut kanak2 ni, buat mcm2 pesen segala...
Si mak ni pun sibuk....
Potong rambut jugak...
Abih 4 kepala di'korban'kan petang tu....

Si Aisya sebelum 'mengorbankan' rambutnya

Alya - sebelum

Si Abah - sibuk memantau nyonya ni potong rambut anak dia...
Gamaknya takut terpotong telinga kot...
Hahahaha

Tapi nyonya potong rambut Alya dah jadi CLEOPATRA la plak...
Aisya pun sama...
Sian anak2 ku....
Huhuhuhuhu

Pesta Tanglung - 11 Oct 2009

Pada hari Ahad yg lalu, Rukun Tetangga kt umah my MIL ada buat event skit....
Konon2 sambutan hari raya, deepavali n pesta tanglung....
Ramai gak la org kt taman tu yg berkumpul...
Kami ber3 (org taman sebelah) pun sibuk2 nak join...
Budak2 ni la...
Mak dia malas jer nak bergaul-mesra....
Smua kanak2 pakat bawa tangkung pusing taman...
Ada jugak yg tanglung terbakar sblm perarakan lagi...
Budak2 katakan...
Tambahan lak gna lilin utk tanglung tu....

Alya n Aisya pun join gak bw tanglung pusing taman...
Harus la mak dia pun turut serta memandangkan Aisya peserta termuda kan...
Lagipun, takut apa2 berlaku....
Saya, Sari (maid my SIL) n Emma (staf my Hubby yg kebetulan dok kat taman tu) pusing taman dgn tujuan nak meneman budak ber2 nih...
Sampai setengah jalan, Aisya dah mengadu xlarat nak jalan...
Alamak....
Saya terpaksa berdukung si Aisya ni sampai abih pusingan...
Kurus saya (pada malam itu sahaja)....
Hahahaha

Posing leleh si Aisya...

Alya - excited sbb 1st time pegang tanglung

Macam2 peel budak Aisya ni....

Sementara menunggu perarakan bermula, posing2 dulu...

Tuesday, October 13, 2009

Lunch - 13 Oct 2009

Lunch harini makan laksa Kedah n Air Amra+Asam Ko....
Lunch kat Kulim Mall jer sbb satgi saya ada kelas pukul 2...
Untuk menyelakkan ter'ngulaq' dan secara tidak langsung akan terlewat ke kelas, saya, Helina n Fara memilih untuk makan di tempat yg dekat jer dgn opis n tempat yang tiada 'perkara-perkara' yang menarik perhatian....

Antara 'perkara-perkara' yang menarik perhatian adalah seperti berikut:
  • ada kiosk yg menjual produk kuruskan badan...
  • ada kiosk yg menjual produk2 kecantikan wanita...
  • ada kiosk yg menjual tudung2...
Makanya, seawal 1.15 pm, kami ber3 dah sampai ke opis....
Pastu mata masing2 mula layu sbb perut dah kenyang.........

Monday, October 12, 2009

Resepi Tomyam Campak

Setelah berfikir2 nak mkn apa malam ni, saya telah mendpt resepi tomyam yg diidam-idamkan....
Terima kasih kepada My Resepi kerana merealisasikan impianku memasak tomyam tanpa pes....

Bahan-bahan
2 keping dada ayam (atau apa2 jer benda nak campak... sutun, udang, daging, etc)
*2 biji tomato masak
*2 ulas bawang putih
*1/2 labu bawang besar
*3-5 biji cili padi
(bahan2 bertanda * dikisar)
2 helai daun limau purut
2 batang serai
2-3 biji limau nipis (diperah airnya)
Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato hijau, batang seleri, carrot dan sebiji bawang besar di mayang kasar). Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak byk sket
Lebih kurang seliter air, serta gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara:

  • Tumis bahan kisar
  • Masukkan ayam/daging/sutun, udang...
  • Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan
  • Masukkan daun limau purut, serai
  • Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar
  • Masukkan semua sayuran. Biar seketika.

Testimoni untuk Eden Kidz.....

Jenuh dok pikiaq ayat2 sedap nak bagi testimonial kat cikgu dia ni....
Lastly, ni yang saya hantaq:

Anak saya, Alya telah menyertai program montessori di Tadika Eden Kidz sejak berusia 4 tahun. Program ini benar-benar bermanfaat dan tidak memberi bebanan pelajaran yang boleh membuatkan Alya jemu atau tidak mahu ke tadika. Kini, Alya telah mampu menyelesaikan soalan Matematik yang mudah, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dan lancar sekali, malah mampu bertutur ringkas dalam Bahasa Cina. Di samping itu, kemesraan dan hubungan baik di antara guru-pelajar-ibu bapa menjadikan saya senang dan selesa untuk meninggalkan anak-anak saya di Eden Kidz.
~Sharmiwati; ibu kepada Nur Alya Irdina Bt. Mohd. Annas~
Pandai-pandai la cikgu dia edit nanti....
Hehehe

Sunday, October 11, 2009

Ubat 'KURUS'

Memandangkan oven baru ni xpernah lagi digunakan untuk membakar kek, makanya saya mengishtiharkan bahawa hari ini adalah HARI RAJIN SEDUNIA MIMI....
Sebabnya saya telah bangun awal2 untuk membakar 'ubat kurus' aka kek coklat ni...

'Ubat Kurus' ini telah mendapat maklum balas positif dari kaum keluarga saya sendiri iaitu saya, hubby, Alya n Aisya...
Hehehe kami ber4 jer pun dah cukup untuk menghabiskan 'ubat kurus' ini...

Kepada kawan2 di opis, jgn risau, portion kalian telah ku simpan rapi dalam tupperware sbb kalau letak jer atas meja, esok baru nak tapau, alamatnya tinggal pisau jer la.... Tak pun tinggal kek jer sbb topping dah di'balun' oleh Aisya....
Nak selamat, baik simpan siap2....

Mencari gambar yg sesuai...

Jenuh memunggah album...
Jenuh jugak mencari dalam folder 'anak2' ni...
Tiada langsung gambar yang sesuai...

Bukan apa, last week teacher kat tadika Alya n Aisya ni, minta foto Alya n saya...
Nak buat testimoni utk tadika...
Picture zaman dulu2 ada la (rasa mcm cun skit masa tu sbb saya kurus skit...)
Tapi gambaq Alya lak nmpk mcm muda-belia... Hehehe
Lastly terpaksa suruh mek kecek aka Aisya capture gambar kami berdua...
Sampai naik lenguh lesung dagu kami berdua menyengih... Tp gambar yg Aisya amik tak cun la plak...
Setelah kata putus dicapai, saya n Alya bersetuju amik gambaq kt bawah ni bg kat teacher...(walaupun mak dia nampak gemuk n xcun...)
Kami ber2 dah malas nak bergambar...
Belasah la....

Me n Alya dah terkulat2 senyum sampai naik kelat menunggu gambaq di'snap' oleh Aisya

Photographer kecek aka Aisya menumpang sekaki sbb jeles gambaq dia xder...
Hahahahaha

Weight Loss Progress