CHEAPEST SHOPPING VILLAGE

Sunday, October 31, 2010

S.U.N.B.A.T.H.E

Cuti ujung minggu yg tak kemana-mana...
Lastly Abahnya ajak ronda2 naik bot...

Berbekalkan sandwich sardin sebantal...Berbekalkan rod memancing 2 batang n seTUPPERWARE umpan, kami ber5 (termasuk Achik) bertolak ke pengkalan...
Pengalaman pertama memancing buat anak2, mak budak n makcik budak... hehehehe

Abahnya aka nakhoda bot bertindak mengemudikan bot sambil diperhatikan oleh anak bot-Aisya

Berposing kat depan bot

Nakhoda bot sedang pulun boh umpan kat mata kail sambil2 membaca mantera
  
Anak bot-Alya sibuk bertanya bila ikan nak makan umpan...
Nakhoda bot mengCOVER-LINE dgn berkata, "Mulut xbrenti bercakap, mana ikan nak mai dekat".

Muka BOHSAN sbb ikan xmakan umpan 
Terus masuk kabin main masak2

Akhirnya, dapat gak 1 ekor anak ikan GHOT2 (xreti nak eja).
Tp dilepaskan semula sbb target adalah bapa ikan, mak ikan, atuk ikan, nenek ikan...
Kalau dapat anak ikan (abang, kakak n adik ikan) kena lepaskan semula ala-ala CASH & RELEASE u....

Friday, October 15, 2010

TBL 1st Challenge: PENGUMUMAN KPD KUMP 2

Assalamualaikum kwn2 TBL 3 Kumpulan 2...
Sebelum kita melantik ketua & menetapkan nama kumpulan, moto kita - rasanya elok kawan2 bagi e-mel supaya kita bleh berhubung... Senang sesiapa yg dilantik jadi leader nnt nak hubungi kita...
Tinggalkan nama n emel kat komen yer...

1. AinNaz
2. Asma
3. Ummi
4. Mimi Sharif
5. Cikxxx
6. Cik Hola
7. Cik Gendut
8. Yebbit
TQVM

TBL 3

Tanpa work-out,
Tanpa diet,
Tanpa apa2 ubat-ubatan,
Ditambah dgn 'bendera merah berkibar',
Ditambah dgn stress sbb furnace rosak,
Ditambah dgn mcm2 alasan yg tak relevan...
Makanya, inilah berat saya untuk minggu ini...

Monday, October 11, 2010

'DIA' putus lagi...

Harapan pi workshop harini begitu tinggi....
Setelah menghabiskan ujung minggu dgn aktiviti2 'larooo', maka hari Isnin konon2 hari menginsafi diri... nak wat kja separuh mati...
Tapi, hati hiba sekali, apabila datang je tgk2 BALA yg menanti...

'DIA' putus lagi...
Buat kali ke-2 dalam semester ini...
Kena isi P.O lagi sekali...
Sbb kna bli baru sebagai ganti...

Inilah 'furnace' yg paling byk berjasa,
Tapi keupayaannya jgn dipandang sebelah mata,
Walaupun rupanya buruk bak pungguk,
Sanggup membakar sampel sampai tinggal serbuk....

Sampai2 je saya tgk sampel saya xcukup masak...
Otak pun mula rasa semak...
Rasa mcm terus nak baling sampel ke paya...
Apa yg xkena dgnnya?


Mampuih aku kena bebel dgn SV lagi,
Dah 2x dalam semester ni,
Nasib baik duit geran aku banyak lagi,
Cukup la sampai abih tahun ni...

Tah la sapa punya sampel yg buat dajal...
Lekat kt heating element sampai dah jadi pepejal...
Tak pasai2 aku yg kena soal...
Kot2 sampel aku yg buat onar....

MORAL OF THE STORY: harini balik awal sbb emosi tidak terkawal....

Weight Loss Progress