Tahun ini merupakan tahun ke-2 Alya berpuasa.
Bagi Aisya lak, tahun ini adalah tahun pertama berpuasa.
Hari pertama sampai la hari ke-4, Aisya berpuasa separuh hari. Mula2 buka puasa pkul 1, makin hari makin lewat berbuka & pada hari ke-5, dia cuba berpuasa sampai penuh.
Antara faktor yg membuatkan Si Aisya ni nak berpuasa penuh sbb dia jeles kat kakak dia... Sebabnya, my hubby hanya bawa kakak naik motor ke Pasar Ramadhan sbb kakak berpuasa penuh. Naik motor adalah aktiviti menarik buat mereka ber2, OK... Sapa xposa, abah xbw naik motor pi PARAM...Hehehehe...
Untuk melekakan anak2 ni, saya pun ajak depa buat aktiviti skit...
Saja2 buat kolaj sbb bila mai bab gunting-menggunting, lekat-melekat, sepah-menyepah adalah satu aktiviti menarik buat mereka...
Mula2 saya lukis buah epal besaq2... Si mak xpandai lukis, makanya buah epal menjadi pilihan sbb senang nk lukis n lukis besaq2 - depa senang nak lekat...
Alya gunting kecik2 kertas warna tu, Aisya lak bukan main besaq...
Saya tau dah taktik si Aisya tu, nak bg cepat abih...
Alya: enjoy je buat kja..
Aisya pun enjoy gak sblm 'mengelupur' sakan nak bukak posa padahal dah pkul 4.30ptg.
Epal merah - hasil kerja Alya n epal hijau hasil kerja Aisya.
Sebaik sahaja siap art works depa berdua ni, pakat2 layan TV. Tiba2 Aisya nak buka posa. Saya pujuk dia, sayang la dik, skit je lagi nih. Apalagi, 'mengelupur' sakan Aisya ni. Tp malangnya lakonan dia tidak memberi kesan kepada mamanya - perlu lebih penghayatan ye dik....
Bila abahnya ajak pi PARAM naik motor, pastu ajak pi playground, bleh plak 'cargas' semula... Kata Abahnya - sampai kat playground elok je main slide, swing... Balik umah dah 6.30, layan computer game - berjaya la Aisya berpuasa penuh buat pertama kalinya.
Saat entry ini ditulis, Aisya sedang berpuasa untuk hari ke-3. Harap2 puasa penuh harini ye dik...